Tuesday, 1 March 2016

Tempat Makan Menarik di Ipoh Perak!

Tidak kira di mana sahaja anda berada, bercuti atau sebagainya, pasti anda akan mencari restoran atau kedai yang menjual pelbagai jenis makanan enak untuk anda nikmati. Apatah lagi kalau anda sedang bercuti ke sesuatu tempat yang anda tidak pernah atau tidak sering lawati. Jika negeri Perak ada dalam senarai lokasi yang ingin anda lawati, terdapat beberapa lokasi tempat makan yang harus anda kunjungi dan boleh di jadikan panduan.

Restoran Simpang Tiga

Lokasi : D-G, Green Town Square, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak
No Tel : 05-2551180

Restoran Simpang Tiga menawarkan masakan padang terbaik dari Indonesia. Terdapat pelbagai jenis lauk di hidangkan yang boleh anda pilih dan nikmati. Selain itu, anda juga boleh memilih menu lain seperti set nasi padang, nasi ayam penyet dan sebagainya. Turut disajikan makanan western dan chinese.

1498046_1384943081757937_1270913589_o.jpg


10441393_1558625691056341_7716544811243654672_n.jpg

Restoran Nasi Vanggey

Lokasi : Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak
No Tel : 05-2456786

Restoran Nasi Vanggey sangat dikenali oleh penduduk sekitar Ipoh, menu nasi vanggey atau dikenali sebagai nasi ganja merupakan sajian utama restoran ini yang sering mendapat perhatian pengunjung. Ramai yang mengatakan hidangan ayam gorengnya adalah yang terbaik setakat ini kerana menggunakan resepi istimewa.

299665_238303929539756_1675959_n.jpg


Nasi-Vanggey-2.jpg


Lokasi : No 51, Lorong Sungai Choh 10, Taman Tanjung Perdana Ulu Kinta, Tanjung Rambutan 31150 Ipoh, Perak
No Tel : 019-4664816

Restoran Mee Udang Ketam Sempoi Diraja menyajikan pelbagai jenis masakan seafood yang terdiri daripada bermacam jenis ketam, udang dan ikan yang segar. Untuk makan, anda hanya perlu pilih, timbang dan kakitangan restoran akan memasaknya untuk anda. Dimaklumkan bahawa harga setiap sajian mengikut saiz dan berat serta harga pasaran.

10171763_758544260891959_2237257224985973838_n.jpg


1779227_739608886118830_1177825863159038853_n.jpg

Restoran 21 Grilled

Lokasi : Lot A-10 River Walk @ Kinta Riverfront, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak
No TeL : 013-6106687

Nak makan ala-ala western di Ipoh? Anda perlu ke Restoran 21 Grilled untuk mencuba sendiri menu istimewa mereka yang mendapat sambutan ramai iaitu monster burger yang bersaiz besar dan boleh di makan beramai-ramai serta menggunakan resepi daging buatan sendiri. Betul ke burger bakar di Grilled 21 dikatakan yang terbesar di Ipoh? Jom tengok sendiri!

10849726_353250574844715_4275782375487753169_n.jpg


1014160_180308592138915_180631543_n.jpg


Lokasi : No. 767, Taman Tasik Jaya, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak
No Tel : 017-5494055

Jika anda penggemar mee rebus, jangan ragu-ragu untuk ke Restoran Mee Rebus Ramli. Mee Rebus Ramli sangat terkenal di kalangan penduduk Ipoh. Ramai berpendapat bahawa mee rebus ini adalah yang terbaik dan menjadi kesukaan ramai kerana ia disajikan dengan kuah yang pekat bersama cucur yang enak menjadikan rasa mee rebus tersebut begitu sempurna.

DSC_2843.jpg


12038309_10201140609275078_8412889313059035399_n.jpg


Lokasi : Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
No Tel : -

Jika anda mencari keunikan makanan di Ipoh, Jangan lupa untuk singgah di Restoran Daud Mat Jasak kerana mereka menawarkan makanan asli Ipoh yang boleh anda dapati seperti mee kari, mee kicap yang dihidangkan bersama taufu sup yang boleh dipilih sendiri isinya dan mee sup. Ia adalah antara hidangan yang amat terkenal di restoran ini.

mee-kari-2.jpg


10995450_845204455518014_2902564985434509674_n.jpg

No comments:

Post a Comment