Assalamualaikum semua, hari ini, saya akan menunjukkan satu contoh Powerpoint Presentation, dan saya akan menunjukkan kelebihan dan kesilapan powerpoint ini. Dan pada waktu yang sama, saya akan bercakap sedikit mengenai powerpoint yang berkesan.
Pertama, Permulaan.
Gambar seperti ini sangat berguna terutamanya apabila anda membentang di hadapan beratus-ratus murid. Video juga boleh digunakan. Perasankah anda tentang penceramah-penceramah yang datang menceramah? Selalunya, pada awal ceramah, mereka menayang beberapa video yang kadang-kadang tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk ceramah mereka. Kenapa mereka lakukannya? Untuk menarik perhatian. Baiklah, slide seterusnya, isi kandungan;
Kesilapan Powepoint utama pelajar ialah powerpoint yang mempunyai terlalu banyak teks. Powerpoint tidak direka untuk teks yang banyak, ia direka untuk menjadi alat pembantu persembahan anda. Anda yang mempersembahkan, bukan Powerpoint. Jika anda perlu menerangkan perkara yang kompleks dan memerlukan banyak teks, taipkannya kedalam flyer dan edarkan kepada penonton. Jangan gunakan PowerPoint. Jika tidak, teks anda akan menjadi terlalu kecil dan sukar untuk dibaca. Kalau boleh, jangan lebih daripada 4 baris ayat. Dan setiap ayat, jangan lebih daripada 5 perkataan. Aggaplah powerpoint sebagai "background" anda. Bukan anda background powerpoint.
Selain daripada itu, slide ini ada menggunakan gambar. Seeloknya, setiap 2 slide anda perlu ada gambar, walaupun sedikit. Gambar lebih mudah untuk difahami dan diingati berbanding teks. Oleh itu, pastikan anda letakkan satu-dua gambar dalam slide anda untuk 'mencuci' mata penonton dari huruf-huruf yang menyakitkan mata. Dan gambar anda seeloknya tidak terlalu 'kosong' dan tidak terlalu menarik. Jika gambar anda terlalu menarik perhatian, penonton akan terlupa akan anda. Dalam slide ini, gambar yang disertakan mungkin terlalu membosankan.
Perkara terakhir sekali yang saya tidak dapat tunjukkan ialah tentang animasi. Saya percaya, ramai pelajar-pelajar muda di luar sangat mahir dalam bidang ini. Namun dalam Powerpoint, animasi jangan terlalu gempak. Keberkesanan suatu Powerpoint itu bukan pada animasi. Malahan animasi boleh memburukkan lagi keadaan. Powerpoint yang saya tunjukkan ini mempunyai 45 slide. Dan ia dibentangkan dalam masa 10 minit. Ini bermakna, satu minit 4.5 slide. Dan satu slide 10 saat. Kesemua animasi dalam powerpoint ini disetkan pada kelajuan "fast" atau "very fast". Kalau terlalu banyak animasi, masa tidak cukup, sedangkan apa yang perlu diterangkan bukanlah animasi tersebut. Animasi digunakan untuk menarik perhatian. Dan dalam slide ini animasi yang digunakan adalah simple dan mudah seperti "ascend" dan "descent". Animasi yang terlalu banyak akan mengganggu perhatian penonton. Begitu juga dengan gambar yang tidak berhenti. Ia akan mengganggu perhatian penonton. Cuba elakkan perkara itu.
Itulah kesilapan-kesilapan utama pembetangan powerpoint, berikut merupakan keseluruhan powerpoint tersebut.
No comments:
Post a Comment