Saturday, 5 March 2016

Kencing Tikus : Apa Faktor, Tanda, Rawatan & Langkah Pencegahan

Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi adalah selebriti tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Mungkin sebelum ini, jangkitan kencing tikus jarang berlaku, tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Dan siapa kata tikus kecil tak bahaya. Hei! Kecil-kecil kena air kencing dia pun kita dah boleh kritikal. Apa itu kencing tikus? Apa faktor? Tanda? Dan bagaimana langkah pencegahan?
Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Faktor risiko:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda/Gejala:
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan: Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan:
  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

8 cara pembentangan yang berkesan

Assalamualaikum readers dan blogger. Ada sedikit tip yang boleh saya kongsikan bersama dan diharap semua Blogger berada dalam keadaan sihat walafiat ye belaka. Tak ndak la ada yang bersedih dengan keputusan SPM tu. Yang berlalu biarkanlah berlalu, semoga hari esok membawa lebih kebaikan kepada kita. cEwwaah!.
Sebenarnya kat sini saya ada nak kongsikan dengan korang serba sedikit cara membentangkan kertas kerja, persembahan slide, dan macam-macam lagi. Nak buat persembahan slide kat awek pun boleh guna cara ni tau. Dewasa ini (ayat B.Melayu SPM), kat IPT tak kira la swasta ke awam sekalipun mesti korang kena buat persembahan slide kat hadapan pensyarah untuk mendapatkan course work mark. Dan melalui pemsembahan slide jugalah korang dapat memperoleh markah free jika betul-betul berbakat. Bagi yang tak berbakat, jom kita usaha cara nak membentang dengan baik.
1 : Pembukaan Yang Menarik Perhatian.
Pembukaan memang sangat penting dalam persembahan slide, mulakan dengan memperkenalkan diri dan terangkan serba sedikit tentang apa yang korang nak persembahkan. Jangan campurkan isi persembahan dalam pembukaan. Nanti caca-marba jadinya. Lepas tu pastikan ia dilakukan dengan sekreatif mungkin agar menarik minat penonton untuk menonton persembahan slide korang tu.
2 : Penuh Keyakinan
Keyakinan merupakan kunci kejayaan pada sesetiap pembentangan. Ia adalah untuk memberi keyakinan pada penonton, bahawa pembentangan ini mempunyai ilmu yang padat dan untuk menunjukkan pada pensyarah bahawa korang telah membuat kajian yang banyak dalam hal yang berkaitan dengan pembentangan.
3 : Penampilan Yang Bersesuaian.
Aspek pemilihan pemakaian aku rasa penting untuk kelihatan lebih mantap di hadapan audiens. Bagi persembahan berkumpulan, korang digalakkan memakai pakaian yang sama contohnya jika berkemeja putih semua berkemeja putih. Sama juga jika memakai blazer.
4 : Bahasa Dan Suara Yang Jelas, Fasih dan mudah difahami.
Korang tak memerlukan suara bak Yuna dan Anna Raffali untuk menjadi yang terbaik dalam pembentangan. Apa yang penting ialah suara yang cukup jelas dan tegaskan suara dibahagian tertentu yang mempunyai maklumat penting dan jangan memberi pembentangan laju macam kapal terbang. Fokus dan bertenang agar mempeoleh fokus. Tambahan, kalau nak guna B. Melayu, gunakan sepenuhnya. Jangan sesekali korang rojakkan.
5 : Informasi
Untuk membentangkan sesuatu perkara, perkara basic sahaja tentang apa yang korang ingin bentangkan masih tidak mencukupi. Cari informasi tentang tajuk pembentangan dengan semaksima mungkin di dalam internet, buku dan mana-mana rujukan yang boleh didapati. Ala, e-library kan ada. Tapi makan masa sebab biasanya komputer library masih lagi komputer zaman dinosour.
6 : Penggunaan Peralatan
Korang mesti tahu peralatan yang nak digunakan semasa pembentangan. Jangan pulak datang nak membentang ni tak tahu nak pasang projector pada laptop, nak setting blur ape semua. Kalau terlalu lama mungkin akan menggangu audiens dan menyebabkan tanggapan pembentangan korang mesti boring @ fail.
7 : Eye Contact Dan Body Language
Tidak dinafikan, penggunaan eye contact dan body language mempunyai pengaruh yang besar terhadap kejayaan sesuatu pembentangan. Hubungan eye contact tidak semestinya tertumpu pada seseorang audiens sahaja, cuba korang tumpukan pada semua audiens yang ada. Kalau awek tengok persembahan korang memang eye contact dengan awek je kan?
8 : Penutup
Biarpun penutup je, anggaplah benda ini sebagai salah satu aspek penting. Ulang balik apa isi-isi penting dalam pembentangan korang tadi agar penonton boleh refresh balik apa yang korang bentangkan. Dan akhirilah pembentangan dengan penuh keyakinan agar apa yang korang bentangkan tu terus kekal dalam kepala otak diorang.



Ok, dah baca semua kat atas? Maknanya dah faham la yoep, cuba praktiskan. Saya pun masih lagi belajar cara nak membuat pembentangan yang bagus. Diharap perkongsian bersama di dapat dimanfaatkan ok. Semoga berjaya dan good luck.

Apa itu stage fright?


        Stage fright merupakan suatu keadaan gementar apabila diperhatikan di atas pentas oleh ramai pihak. Walaupun ramai yang menghadapi masalah ini, tidak ramai yang memahami sebab sebenar perkara ini. Jantung berdegup kencang, berpeluh, kesukaran untuk bernafas dan kesukaran untuk berfikir adalah simptom-simptom stage fright yang biasa. Mengapakah berlakunya simptom-simptom ini dan apakah kaitannya dengan pembentangan?



Stage fright sebenarnya adalah reaksi physiology normal seorang manusia. Apabila seseorang itu diancam, atau terasa diancam, otak akan memulakan satu reaksi yang digelar 'flight or fight reaction'. Dahulu kala, sebelum zaman batu lagi, terdapat pelbagai ancaman terhadap manusia, contohnya haiwan buas. Apabila manusia berasa terancam, badan akan mula mengesuaikan diri untuk lari atau berlawan. Jantung akan mengepam dengan lebih laju untuk membekalkan oksigen yang lebih. Begitu juga dengan pernafasan yang lebih laju untuk membekalkan lebih oksigen.Darah akan disalurkan lebih kearah kaki, menyebabkan kurangnya darah dikepala, menyebabkan pening dan sukar untuk berfikir. Jika manusia tersebut lebih cenderung untuk melarikan diri daripada berlawan, darah di tangan juga akan disalurkan ke kaki, menyebabkan tangan menjadi sejuk. Pengaliran darah yang lebih ke kaki memudahkannya untuk melarikan diri. Badan mula mengeluarkan peluh akibat suhu badan yang meningkat akibat aktiviti-aktiviti ini. Reaksi ini adalah sebahagian daripada mekanisma pertahanan diri seorang manusia. Sehingga ke hari ini, reaksi 'flight and fight' masih kekal dalam seorang manusia normal dan tetap akan bertidak balas terhadap 'ancaman', seperti mana yang berlaku dalam ketika stage fright.

4 Langkah mengatasi stage fright

Pelajar yang tidak menggeletar langsung di atas pentas adalah pelajar yang mabuk atau telah pengsan.

Rakan rakan sekelian, punca utama pelajar kecundang di atas pentas ialah stage fright, suatu perasaan yang menyebabkan anda hilang kawalan dan menggeletar. Tetapi jangan putus asa, terdapat pelbagai perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya. Disini, saya senaraikan 4 Langkah ringkas yang dapat membantu anda.

1. Jangan menganggap stage fright sesuatu yang perlu dibimbangkan.

       Apabila kamu menganggap stage fright sebagai sesuatu yang perlu dibimbangkan, anda akan menganggap stage fright itu sebagai suatu ancaman. Akibatnya, badan anda akan memulakan satu lagi reaksi fight or flight yang kemudiannya menyebabkan anda menjadi lebih gementar dan panik. Dan jika anda terus bimbang, keadaan ini akan menjadi lebih buruk. Cuba jangan hiraukan perasaan gementar anda. Percayalah, setiap manusia yang normal akan mengalami stage fright. Dan ianya perkara yang normal yang membawa makna ada seorang pelajar biasa yang sihat.

2. Bercakap dan sesuaikan diri.
       Mula bercakap dan cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan penonton. Mulakan dengan salam. Dan kemudian, perkenalkan topik anda. Jika boleh, bercakaplah dengan nada yang santai. Ini akan membuatkan anda lebih selesa dengan penonton dan penonton akan rasa lebih selesa dengan anda.

3. Bergerak.
       Lakukan pergerakan tangan dan kaki. Cuba berjalan sedikit jika anda boleh. Berjalan dan menggerakkan tangan akan mengurangkan tekanan anda dan jika anda bergerak dengan betul, anda akan kelihatan lebih relax dan berkeyakinan dari pandangan penonton. Ingat, 'percakapan hanyalah 20% daripada komunikasi'. Namun begitu, berhati-hatilah dengan pergerakan anda. Jangan sampai terlalu ketara sehingga mengganggu penonton.

4. Fokus pada topik.
       Dalam pembentangan, antara perkara yang paling membimbangkan ialah sekiranya anda lupa apa yang anda patut katakan. 'Blank' secara tiba-tiba di atas pentas akan menunjukkan kelemahan anda, mengurangkan kredibiliti anda dan akhirnya, merosakkan pembentangan anda. Oleh itu, pastikan ada tahu apa yang akan anda katakan. Gunakan kad topik jika perlu, dan pada setiap masa, pastikan anda tahu apa yang akan anda katakan.

Powerpoint Berkesan.

Assalamualaikum semua, hari ini, saya akan menunjukkan satu contoh Powerpoint Presentation, dan saya akan menunjukkan kelebihan dan kesilapan powerpoint ini. Dan pada waktu yang sama, saya akan bercakap sedikit mengenai powerpoint yang berkesan.


Pertama, Permulaan.

Ini ialah slide pertama Presentation itu. Untuk pengetahuan anda, presentation ini telah digunakan dalam Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah. Jadi, presentation ini patut bersifat professional dan komersial. Perkara pertama yang menjadi kesilapan Slide ini ialah, logo "Grand Art Network" yang kurang jelas kerana tidak sepadan dengan latar belakang yang berwarna coklat. Anda mesti ingat, lazimnya, pembentangan SlideShow akan menggunakan mesin Projector yang mengurangkan contrast gambar, lalu memburukkan lagi keadaan. Pastikan apa yang ingin anda tunjukkan jelas kelihatan. Seeloknya, untuk pembentangan menggunakan projector, gunakan background yang gelap dan teks yang cerah, dengan itu, teks itu akan kelihatan 'bercahaya'. Selain daripada itu, slide pertama atau permulaan perlulah cukup menarik untuk menarik perhatian penonton. Sebagai contoh, gunakan gambar yang pelik seperti ini;

 Gambar seperti ini sangat berguna  terutamanya apabila anda membentang di hadapan beratus-ratus murid. Video juga boleh digunakan. Perasankah anda tentang penceramah-penceramah yang datang menceramah? Selalunya, pada awal ceramah, mereka menayang beberapa video yang kadang-kadang tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk ceramah mereka. Kenapa mereka lakukannya? Untuk menarik perhatian. Baiklah, slide seterusnya, isi kandungan;


Ini ialah slide yang ketiga dan keempat. Slide ketiga mempunyai sedikit kesilapan, teksnya terlalu kecil. Jangan ambil mudah dengan saiz teks. Dalam Powerpoint, saiz teks itu penting, kerana presentation ini akan dilihat dari 50 kaki, dan untuk memastikan Powerpoint anda berkesan, anda perlu memastikan mereka yang berasa 50 kaki di belakang dapat membaca presentation anda.
    Kesilapan Powepoint utama pelajar ialah powerpoint yang mempunyai terlalu banyak teks. Powerpoint tidak direka untuk teks yang banyak, ia direka untuk menjadi alat pembantu persembahan anda. Anda yang mempersembahkan, bukan Powerpoint. Jika anda perlu menerangkan perkara yang kompleks dan memerlukan banyak teks, taipkannya kedalam flyer dan edarkan kepada penonton. Jangan gunakan PowerPoint. Jika tidak, teks anda akan menjadi terlalu kecil dan sukar untuk dibaca. Kalau boleh, jangan lebih daripada 4 baris ayat. Dan setiap ayat, jangan lebih daripada 5 perkataan. Aggaplah powerpoint sebagai "background" anda. Bukan anda background powerpoint.


Slide seterusnya memperbaiki kesilapan slide sebelum ini, walaubagaimanapun, teks tersebut boleh dibuat lebih besar. Lihat ruang antara teks dengan gambar, ruangan itu tidak digunakan. Ini suatu pembaziran. Ia bukanlah satu kesilapan yang besar, namun ia tidak menggunakan potensi yang ada.
   Selain daripada itu, slide ini ada menggunakan gambar. Seeloknya, setiap 2 slide anda perlu ada gambar, walaupun sedikit. Gambar lebih mudah untuk difahami dan diingati berbanding teks. Oleh itu, pastikan anda letakkan satu-dua gambar dalam slide anda untuk 'mencuci' mata penonton dari huruf-huruf yang menyakitkan mata. Dan gambar anda seeloknya tidak terlalu 'kosong' dan tidak terlalu menarik. Jika gambar anda terlalu menarik perhatian, penonton akan terlupa akan anda. Dalam slide ini, gambar yang disertakan mungkin terlalu membosankan.
   Perkara terakhir sekali yang saya tidak dapat tunjukkan ialah tentang animasi. Saya percaya, ramai pelajar-pelajar muda di luar sangat mahir dalam bidang ini. Namun dalam Powerpoint, animasi jangan terlalu gempak. Keberkesanan suatu Powerpoint itu bukan pada animasi. Malahan animasi boleh memburukkan lagi keadaan. Powerpoint yang saya tunjukkan ini mempunyai 45 slide. Dan ia dibentangkan dalam masa 10 minit. Ini bermakna, satu minit 4.5 slide. Dan satu slide 10 saat. Kesemua animasi dalam powerpoint ini disetkan pada kelajuan "fast" atau "very fast". Kalau terlalu banyak animasi, masa tidak cukup, sedangkan apa yang perlu diterangkan bukanlah animasi tersebut. Animasi digunakan untuk menarik perhatian. Dan dalam slide ini animasi yang digunakan adalah simple dan mudah seperti "ascend" dan "descent". Animasi yang terlalu banyak akan mengganggu perhatian penonton. Begitu juga dengan gambar yang tidak berhenti. Ia akan mengganggu perhatian penonton. Cuba elakkan perkara itu.
   Itulah kesilapan-kesilapan utama pembetangan powerpoint, berikut merupakan keseluruhan powerpoint tersebut.

 

Cara buat blogspot sendiri dengan lengkap

Sebelum membuat blogspot sendiri, anda hendaklah mempunyai akaun gmail. Sila daftar akaun gmail jika anda masih belum mempunyai akaun email di gmail. Cara pendaftarannya adalah mudah sekali dan ianya adalah percuma. Rujuk artikel ini terlebih dahulu
Jom kita lihat langkah demi langkah bagaimana cara membuat blogspot sendiri. Nama blog yang saya gunakan ialah Blogger Pontian dan urlnya ialah bloggerpontian.blogspot.com.
    1. Setelah berjaya mendapatkan akaun gmail, Klik blogger.com. Saya memasukkan email dan password email yang telah didaftarkan. Paparan akan dikeluarkan sebagaimana di bawah
cara buat blogspot sendiri
    1. Paparan “Create your blog now” kelihatan. Ini bermakna saya masih belum mempunyai blog di akaun blogger ini. Klik icon “New Blog”.
    2. Saya memasukkan “Blogger Pontian” sebagai nama blog(tajuk/title)dan bloggerpontian.blogspot.com sebagai address ataupun alamat blog. Alhamdulillah “this blog address is available”. Ini bermakna url tersebut masih belum digunakan oleh orang lain. Jika anda ingin meletakkan nama blog, pilihlah nama blog yang mudah diingati dan sesuaikan dengan isi kandungan yang akan anda kongsikan nanti di blogspot tersebut. Hindari daripada menggunakan special character dan juga nama yang terlalu panjang.
    1. Ada beberapa template default yang disediakan. Saya hanya menggunakan template “simple” sebagai template blogspot blogger pontian ini.Klik “Create Blog”.
  1. Dah siap. Sudah boleh mula menulis dan menerbitkan artikel.
Sekian sahaja artikel paling asas cara buat website sendiri. Jadi kita tidak perlu mengupah orang lain. Sekiranya ada pertanyaan dan pandangan sila nyatakan diruangan komen di bawah. Semoga tutorial cara buat blogspot sendiri ini dapat dimanfaatkan.

4 Cara-Cara Belajar Paling Efektif


cara belajar yang berkesan

Ketika anda sedang mengulang kaji pelajaran, agak-agaknya berapa yang anda dapat sepanjang anda berada di meja tersebut? Adakah pelajaran itu masuk ke dalam otak anda dengan baik? Ataupun sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?
Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada cara-cara belajar yang efektif, berkesan dan beberapa tips yang boleh membantu.
Artikel ini mengandungi beberapa segmen seperti berikut:
  • Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar
  • Bahagian 2: Persediaan Tempat Belajar
  • Bahagian 3: Penggunaan Teknik Belajar Yang Betul
  • Bahagian 4: Belajar dengan Lebih Efektif
  • Tips Tambahan
  • Amaran
Sekiranya anda sudah tidak sabar untuk mengetahui kaedah-kaedah dan teknik-teknik tersebut, silakan membaca di bawah.
Artikel ini agak panjang, jadi anda digalakkan untuk bookmark laman ini untuk tujuan rujukan kemudian. – Teruskan membaca. 

Bahagian 1: Persediaan Untuk Belajar

Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya.

1. Mengatur Masa

Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.
Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.
Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.
Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).
Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6 jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).
Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.

2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri

Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada bahagian yang anda kurang.
Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda.
Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!
Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi ingatakan dan daya pemikiran.
Namun, jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda boleh mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30 minit) sebelum mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk mengelakkan daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda.
Setelah bagun, lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran. Pengambilan kopi juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.

4. Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan

Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa, anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar.
Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji. Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.
Tidak pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada sebelah petang dan kemudian belajar pada sebelah malam.

5. Elakkan Gangguan Teknologi

Alatan elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet merupakan satu gangguan utama kepada para pelajar. Kenapa tidaknya, kerana semuanya memberikan anda kebebasan untuk berhubung dengan rakan-rakan dan menonton video-video kucing yang lucu tanpa henti.
Jujurlah, kebanyakan kita sangat mudah diganggu oleh media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain. Anda boleh block ataupun menghalang komputer anda daripada mengakses laman-laman sesawang tersebut untuk seketika.
Gunakan masa tersebut untuk belajar dengan sepenuh hati, dan setelah selesai, anda boleh menyambung bersosial – tiada masalah.
Jika tidak berhasil, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga ataupun rakan untuk memegang alat elektronik anda (komputer, telefon bimbit) seketika anda mentelaah pelajaran.

Bahagian 2: Persediaan Tempat Belajar

tempat belajar yang sesuai
Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran amatlah penting kerana ia boleh meningkatkan daya tumpuan pelajar. Berikut adalah beberapa cadangan:

1. Dapatkan Tempat Yang Sesuai Untuk Belajar

Anda yang ingin belajar, oleh itu anda perlu pandai memilih tempat belajar yang sesuai dengan kehendak anda. Anda seharusnya selesa semasa belajar, itu sangat penting untuk mengelakkan anda daripada merasakan belajar itu membebankan.
Jika kerusi di perpustakaan tidak memberikan keselesaan, anda perlu berubah kepada tempat yang lebih selesa. Selain tempat pembelajaran, pakaian anda juga memainkan peranan. Cuba pakai pakaian yang anda rasa boleh memberikan keselesaan kepada anda. Pakaian tersebut mungkin boleh jadi yang tidak terlalu panas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu menonjol (untuk mengelak daripada mendapat perhatian orang awam).
Pada masa yang sama, elakkan belajar di tempat yang terlalu bising ataupun boleh mengganggu perhatian anda. Namun, jangan terlalu sunyi ataupun selesa sehingga anda boleh tertidur. Contohnya belajar di atas katil – saya tahu, para pembaca pernah belajar di atas katil kemudian tertidur, dan menyesal pada keesokan harinya :)
Belajar di meja adalah tempat yang paling sesuai dengan postur tempat duduk yang optimum. Tidak terlalu rendah mahupun terlalu tinggi. Pastikan meja/tempat duduk anda itu anda gunakan semata-mata untuk belajar, bukannya untuk melayan filem di komputer.
Jika itu kesnya, ia boleh mengingatkan anda akan ‘rasa’ untuk menonton filem semasa anda berada di meja tersebut – kerana anda sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.

2. Pilih Muzik Yang Sesuai

Sesetengah pelajar lebih menyukai keadaan yang sunyi untuk belajar, dan sesetengah lain pula lebih menyukai melayan lagu semasa belajar. Mana-mana pun tidak mengapa, asalkan ia memberikan kesan yang positif kepada prestasi anda dalam pembelajaran.
Mendengar lagu ataupun musik boleh membantu anda untuk tenang, melegakan emosi dan memberikan anda motivasi kepada anda. Jika anda selesa dengan musik, anda digalakkan untuk mendengar lagu instrumental. Jika tidak berminat, anda boleh juga mendengar mana-mana lagu dari artis kegemaran anda, asalkan ia tidak memberi
gangguan kepada anda.
Elakkan daripada mendengar radio kerana perbualan DJ boleh memberikan gangguan kepada anda. Tidak percaya cubalah!
Anda boleh membuat playlist lagu-lagu yang anda gemari di dalam mp3 player ataupun dalam telefon pintar anda. Kemudian shuffle sepanjang anda belajar.
Contoh muzik instrumental yang sesuai untuk belajar:

3. Dengar Lagu Latar

Lagu latar ataupun senang dikenali sebagai background music juga boleh membantu anda dalam pembelajaran. Ini merujuk kepda bunyi-bunyi alam semula jadi seperti bunyi air terjun, hujan ataupun hutan boleh membuatkan anda lebih fokus, pada masa yang sama tidak terlalu bising sehingga mengganggu.

4. Tutup Televisyen (TV)

Belajar sambil menonton TV = 0% Belajar 100% Menonton TV
Ramai pelajar yang suka mengamalkan belajar sambil menonton TV, tapi percayalah ia merupakan satu idea yang tidak tepat, walaupun ramai yang menyatakan mereka boleh fokus lebih.
Faktor visual oleh TV secara tidak langsung boleh mengalihkan perhatian anda dari buku ke kaca TV. Pada masa yang sama, percakapan/perbualan drama dalam TV boleh meransang otak anda.

5. Makan Dengan Hemah

Makan makanan yang sihat dan berkhasiat semasa anda sedang belajar. Elakkan makanan seperti jajan dan gula-gula yang mengandungi banyak gula dan lemak.
Pilihlah makanan yang boleh membekalkan tenaga seperti buah-buahan ataupun kacang. Jika anda inginkan manisan, makanlah coklat hitam (dark chocolate). Minum air masak yang mencukupi, dan teh jika anda mahukan kafein.
Anda digalakkan untuk mengambil makanan sebelum belajar, untuk membekalkan badan anda dengan nutrisi yang cukup dan untuk elakkan badan daripada lapar semasa belajar di dalam kelas.

Langkah Mudah Menangani Stress



Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga di bawah antara 7 langkah-langkah mudah mengatsi stres yang boleh anda amalkan!


1. Berfikiran positif


Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.







2. Sentiasa Mengingati Tuhan 

Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.


3. Sedia berkongsi masalah 

Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.


4. Terima kelebihan dan kekurangan diri

Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.


5.Ketawa dan berseronoklah

Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan.
6.Senyum

Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain. 


7.Bergaul dengan individu yang positif

Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.